suria

Thierry Henry Dedah Punca Man United Enggan Lantik Jurulatih Baru

LEGENDA Arsenal, Thierry Henry berpendapat, Manchester United enggan memecat Louis Van Gaal dan melantik jurulatih baru kerana ingin tahu siapakah yang akan diangkat sebagai ketua jurulatih di Manchester City.

Bekas pemain Perancis berkenaan berkata, United kini berada dalam keadaan berdebar menunggu calon jurulatih baru City kerana ia akan memberi kesan kepada kelab berjiran itu.

Menurutnya, setakat ini City didakwa akan melantik Pep Guardiola sebagai jurulatih dan latar belakang serta kejayaan individu dari Sepanyol itu mampu melenyapkan populariti United.

"Jika Man City berjaya dapatkan Guardiola, Man United akan merasakan mereka perlu mendapatkan seseorang yang lebih hebat," katanya.

Isu jurulatih United panas apabila Van Gaal dilapor akan dipecat selepas pasukan itu tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut selain gagal mencatatkan kemenangan dalam enam pertemuan.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain