suria

PSG Sedia 'Tabur Wang' Untuk Dapatkan Lewandowski

PARIS Saint-Germain (PSG) sedia menawarkan gaji sebanyak €15 juta setahun kepada penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski bagi membawanya menyertai Ligue 1.

PSG dilapor terdesak untuk mendapatkan bintang Poland berusia 27 tahun itu bagi memantapkan barisan serangan walaupun terpaksa membayar gaji lebih tinggi.

Selain PSG, penyerang prolifik itu turut menjadi rebutan beberapa kelab Eropah termasuk Real Madrid yang telah menghantar wakilnya untuk melakukan rundingan.

Lewandowski yang merupakan bintang sensasi dijangka akan dijual dengan harga tinggi oleh Bayern yang turut enggan membiarkan pemain itu meninggalkan Jerman.

Ini kerana, penyerang itu merupakan sebahagian senjata Bayern dalam mengharungi kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Bayern Munich, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain