suria

Isu Penghijrahan Paul Pogba Jadi Tanda Tanya

Paul Pogba. Foto Reuters

ISU penghijrahan Paul Pogba menjadi tanda tanya walaupun pemain Juventus itu memaklumkan tidak akan meninggalkan Juventus dalam waktu terdekat, sekurang-kurangnya sehingga akhir musim 2015-2016.

Bagaimanapun ejen pemain itu, Mino Raiola akan memastikan pemuda berusia 22 tahun itu akan mengambil keputusan mengenai soal masa depannya menjelang perpindaan musim panas 2016.

"Dia tidak akan berhijrah ke kelab lain pada Januari ini. Dia sudah menyuarakan keinginannya untuk menghabiskan musim ini bersama Juventus. Tambahan pula pemain besar jarang berpindah dalam perpindahan pada Januari," kata Raiola.

Walaupun tidak berhijrah dalam waktu terdekat, namun Pogba tidak memberi jaminan untuk bersama dengan Juventus pada musim akan datang.

Bagaimanapun ketika ini beberapa kelab mengintai untuk mendapatkan pemain kelahiran Perancis itu seperti Barcelona, Real Madrid, Manchester United dan Manchester City.

Pogba memulakan kerjayanya bersama Manchester United pada 2011. Namun selama setahun bersama dengan pasukan itu, Pogba hanya berkesempatan beraksi dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pada Julai 2012, Pogba menyertai Juventus sehingga kini. 

Penyertaannya dalam Juventus dilihat sebagai satu kunci kejayaan buat pasukan itu meraih kemenangan.

Pogba menyumbangkan 26 gol dalam 149 perlawanan bagi semua saingan sepanjang bersama kelab berkenaan.


Artikel Lain