suria

Skuad Hoki Remaja Perlu Kekal Momentum Untuk Muncul Juara Asia

PETALING JAYA: Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu skuad hoki remaja negara mengekalkan momentum dalam saingan Hoki Piala Remaja Asia yang sedang berlangsung di Kuantan.

Khairy berharap skuad kendalian Arul Selvaraj itu muncul juara dalam kejohanan tersebut terutamanya dalam memburu slot ke Piala Dunia Remaja 2016.

Malaysia bermula cemerlang apabila berjaya membenam China 4-0 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Hoki Kuantan, semalam.

"Satu kemenangan yang baik dan kita mengharapkan keputusan yang baik berterusan...kejohanan itu adalah pentas utama bagi skuad hoki remaja negara dan saya harap mereka akan muncul sebagai juara kejohanan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Fit Malaysia 2015 di Dataran Petaling Jaya di sini,Ahad.

Skuad hoki negara dijadual menentang India hari ini sebelum melengkapkan perlawanan bertemu Jepun pada 17 November ini.

Kumpulan B pula terdiri daripada Korea Selatan, Pakistan, Bangladesh dan Oman.

Tiga pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan mengiringi India, selaku tuan rumah, ke Piala Dunia Remaja di New Delhi tahun depan.-- Bernama





hoki, Khairy Jamaluddin, Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain