suria

Moto2: Hafizh Hanya Cedera Ringan Pada Aksi GP Valencia

KUALA LUMPUR: Hajat Hafizh Syahrin Abdullah mahu menampilkan aksi cemerlang di pusingan akhir Kejohanan MotoGP Dunia tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Grand Prix Valencia pada Ahad.

Hafizh yang berharap dapat memperbaiki kedudukan keseluruhannya, bermula dengan pecutan baik di awal perlumbaan tetapi kemudian gagal mengawal jentera Kalex yang ditungganginya ketika menuju ke selekoh kedua sehingga terlibat dalam kemalangan tujuh motosikal.

Turut terbabit adalah Martin Schrotter, Jonas Folger, Xavier Simeon, RobinMulhauser, Federico Fuligni dan Xavi Vierge, sehingga memaksa pegawai perlumbaan mengibarkan bendera merah.

Namun pelumba Program Pembangunan Bakat Petronas itu bernasib baik hanya mengalami cedera ringan.

"Hafizh dalam keadaan baik. Mungkin tulang di tapak tangan kanannya patahdan memerlukan pembedahan dan dia akan bermalam di hospital untuk pemantauan,"kata prinsipal pasukan, Barry Leong dalam satu kenyataan.

Cabaran di Valencia, walaupun antara litar kegemaran Hafizh, sememangnya sukar buat pasukan itu sejak dari mula apabila Hafizh sekadar menduduki tangga ke-21 pada sesi kelayakan perlumbaan penutup tirai musim ini.

Selepas menamatkan 18 perlumbaan musim ini, Hafizh menduduki tangga ke-16 keseluruhan dengan 64 mata.

Hafizh Syahrin, Moto2, GP Valencia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain