suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap

BARCELONA memohon maaf secara terbuka selepas beberapa pemain kelab itu mengganggu sidang media dengan meraikan sambutan Halloween.

Dalam insiden itu seramai lima bintang Barcelona cuba meraikan kemenangan 2-0 ke atas Getafe dengan membuat bising sambil memakai topeng di kawasan sidang media.

Pada masa sama, pemain Getafe, Victor Rodriguez sedang menjawab soalan para pemberita mengenai kekalahan pasukannya.

Lima pemain yang menimbulkan kekacauan tersebut ialah Gerard Pique, Luis Suarez , Neymar, Marc Bartra dan Jordi Alba.

Berikutan itu, Rodriguez turut mengutuk tindakan pemain Barcelona yang tidak menghormati lawan serta sidang media yang diadakan.

Akibatnya, Barcelona terpaksa memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana gagal mengawal disiplin pemain di dalam stadium.

Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain