Dani Pedrosa Rangkul Trofi Juara Di Litar Sepang - Sukan | mStar

Dani Pedrosa Rangkul Trofi Juara Di Litar Sepang

Pedrosa (tengah) selepas dinobatkan juara MotoGP sambil diapit pelumpa Sepanyol, Jorge Lorenzo of Movistar Yamaha MotoGP (kiri) dan pelumba Itali, Rossi di Sepang, Ahad.

DIKEMASKINI

SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa merangkul trofi kejuaraan kedua musim ini selepas mencatat masa terpantas pada perlumbaan akhir Grand Prix Motosikal Malaysia  (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.


Pedrosa,30, merakam masa terpantas 40'37.691s, meninggalkan dua pelumba Movistar Yamaha Jorge Lorenzo (+3.612) dan ketiga Valentino Rossi.

Sebelum ini Pedrosa merangkul kejuaraan sulung musim ini di Grand Prix Jepun.

“Satu saingan fizikal yang sengit,  cuaca panas dan trek yang sangat memilih jentera. “Jentera tahun ini terlalu banyak pergerakan sekaligus memerlukan kegunaan fizikal, apa yang perlu kamu lakukan hanya ‘tarik nafas' dan terus berlumba.

“Perlumbaan sangat baik sepanjang minggu ini dan kami yakin telah melakukan tugas terbaik dengan memenangi saingan di sini.

“Saya gembira bagi pasukan serta semua yang sentiasa berada di sisi saya. Ia sangat sukar, tetapi kami akan cuba menamatkan musim ini dengan aksi yang sama,” jelas Pedrosa.

Selain itu, rakan sepasukan Pedrosa, Marc Marquez terkeluar daripada saingan setelah terbabas keluar trek selepas ditolak Rossi gara-gara dia terlalu menghimpit pelumba yang mengungguli carta kedudukan keseluruhan setakat ini.


Keputusan penuh perlumbaan MotoGP:

1. Dani PEDROSA Repsol Honda Team 40'37.69

2.Jorge LORENZO Movistar Yamaha +3.612

3.Valentino ROSSI Movistar Yamaha +13.72

4.Bradley SMITHGBR Monster Yamaha Tech +23.99

5.51135Cal CRUTCHLOWGBRLCR HondaHonda161.8+28.721

6.Danilo PETRUCCI Octo Pramac +36.372

7.Aleix ESPARGARO Team SUZUKI ECSTAR +39.2908

8.Maverick VIÑALES Team SUZUKI +39.436

9.Pol ESPARGARO Monster Yamaha Tech 3 +42.462

10.66Stefan BRADLGERAprilia Racing Team Gresini Aprilia160.7+44.601

11.Scott REDDINGGBREG 0,0 Marc VDSHonda160.5+47.690

12.Yonny HERNANDEZ Octo Pramac Racing +52.112

13.Hector BARBERA Avintia Racing Ducati +52.360

14.Toni ELIAS Forward RacingYamaha Forward160.1+53.619

15.Alvaro BAUTISTA  Aprilia Racing Team Gresini Aprilia

16Nicky HAYDEN Aspar +1'01.431

17.Jack MILLERAUS LCR Honda +1'02.828

18.Mike DI MEGLIOFRA Avintia +1'05.075

19.Eugene LAVERTYIRL Aspar MotoGP +1'09.877

20.Anthony WEST  AB Motoracing Honda+1'24.749

Terkeluar daripada saingan 

Andrea DOVIZIOSO ITA Ducati Team Ducati162.110 Laps 9

Marc MARQUEZ SPA Repsol Honda Team Honda156.113 Laps 7

Loris BAZFRA Forward Racing Yamaha Forward  132.618 Laps 29

Andrea IANNONEITA Ducati Team Ducati 155.619 Lap


MotoGP , dani pedrosa , SIC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Moto2: Hafizh Puas Hati Di Tempat Ke-8

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain