suria

F1: Pelumba Toro Rosso Terselamat Daripada Maut

CARLOS Sainz bernasib baik apabila terlepas daripada mengalami kecederaan parah walaupun terlibat dalam kemalangan serius ketika sesi latihan GP Rusia pada Sabtu.

Pelumba Toro Rosso berusia 21 tahun itu terselamat selepas merempuh dinding di tepi litar dalam kelajuan tinggi.

Sainz yang dikejarkan ke hospital ketika diselamatkan daripada jenteranya bagaimanapun sedar selepas dirawat.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati pelumba tersebut tidak mengalami kecederaan serius seperti patah.

Dia juga sempat memuat naik gambar menerusi laman sosial Twitter yang menunjukkan berada dalam keadaan baik.

Rusia, Toro Rosso

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka China

Artikel Lain