Man United Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Dapatkan Thomas Muller - Sukan | mStar

Man United Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Dapatkan Thomas Muller

MANCHESTER United dilapor mahu mendapatkan penyerang Bayern Munich, Thomas Muller pada akhir musim ini walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih tinggi.

Ejen pemain bola sepak terkenal, Giovanni Branchini memberitahu, pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Muller tiba di Old Trafford untuk musim depan.

Ejen kelahiran Itali itu turut mengakui dakwaan bahawa United pernah membuat bidaan sebanyak £71 juta untuk mendapatkan Muler sebelum ini.

"Manchester United mahukan Thomas Muller dengan apa cara sekalipun, saya menghabiskan masa selama sehari untuk menerangkan kepada Bayern Munich yang enggan melepaskan pemain tersebut," dedah Branchini.

Tambahnya, kelab Liga Perdana Inggeris mempunyai dana yang banyak berikutan perjanjian baharu dengan pihak penyiaran dan berikutan itu kewangan bukan tidak menjadi masalah untuk mereka.

Selain itu, pengedali United, Louis Van Gaal dikatakan meminati Muller dan mempunyai agenda tersendiri jika pemain itu berjaya tiba di Old Trafford.



Manchester United , Thomas Muller

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Van Gaal Bersara Selepas Bimbing Man United

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain