suria

EPL: Jurgen Klopp 'Minat', Tapi Masih Belum Dihubungi Liverpool

JUERGEN Klopp dilihat berminat untuk menguruskan sebuah kelab Liga Perdana Inggeris, tetapi masih belum dihubungi Liverpool.

Menurut laporan, bekas jurulatih Borussia Dormund itu kini sanggup kembali selepas berehat panjang untuk mengambil alih kelab Inggeris, tetapi dia nampaknya telah memberitahu Sky Sports bahawa dia masih belum mendengar perkhabaran dari Liverpool.

Klopp menamatkan tempoh tujuh tahun bersama Borussia Dortmund pada akhir musim lalu, dan menegaskan bahawa dia mahu menikmati percutian selama setahun daripada sebarang perlawanan.

Kedudukan mungkin boleh berubah terutamanya jika Liverpool hilang sabar dengan pengurusnya Brendan Rodgers, yang tidak memenangi perlawanan Liga Perdana dalam empat perlawanan terakhir, malah memerlukan penentuan penalti untuk menewaskan Carlisle pada pusingan ketiga Piala Liga, malam Rabu.

Klopp yang mempunyai rekod yang mengagumkan telah membawa Dortmund meraih gelaran juara Bundesliga berturut-turut serta beberapa gelaran lain.

Mereka berjaya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2013, tetapi tewas 2-1 kepada Bayern Munich apabila Arjen Robben menjaringkan gol pada minit terakhir.

Mereka juga layak ke perlawanan akhir Piala Jerman tetapi tewas 3-1 kepada Wolfsburg.

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain