Pusingan kedua KBS-MAM Kapcai Endurance 2015 Di Litar Sepang - Sukan | mStar

Pusingan kedua KBS-MAM Kapcai Endurance 2015 Di Litar Sepang

SEPANG: Misi menjadi Raja Kapcai Negara musim ini berterusan dengan saingan Pusingan kedua KBS MAM Kapcai Endurance 2015 diadakan di Litar Go Kart, Sepang dengan jumlah penyertaan yang lebih besar khususnya daripada golongan muda.

Ternyata sokongan yang diberikan kepada kejuaraan ini semakin meningkat khususnya daripada golongan muda dan pendatang baru kepada sukan lumba motosikal ini.

Terdapat banyak bakat terpendam di luar sana yang ingin berlumba tetapi tidak mendapat peluang khususnya kerana kos perbelanjaan yang tinggi. 

“Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance ini menyediakan peluang terbaik untuk mereka melibatkan diri khususnya kerana kos yang sederhana. Kami mendapat banyak maklumbalas yang positif selepas saingan pembukaan di Melaka.

"Saya jangkakan jumlah penyertaaan yang lebih besar pada hujung minggu ini di Sepang,” kata Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif MAM (Persatuan Pemotoran Malaysia). 

Melahirkan rasa gembira beliau dengan sambutan yang diberikan oleh para pelumba, pasukan dan peminat sukan pemotoran untuk saingan pusingan pertama, Razlan turut melahirkan penghargaan kepada para penaja dan badan-badan kerajaan terhadap edisi keempat kejuaraan berkenaan. 

“Saya harap semua akan terus menyokong program ini, yang diharapkan akan mencungkil lebih banyak bakat dalam sukan lumba motosikal. Kita sudah mempunyai program yang berstruktur untuk mereka yang berminat menjadi pelumba profesional. Kejuaraan ini boleh menjadi titik permulaan karier anda,” jelas Razlan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang. 

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Salleh Ramli berharap lebih ramai golongan remaja mengambil peluang yang telah disediakan untuk bergiat dalam sukan ini. 

“Golongan remaja boleh menggunakan masa yang terluang untuk sesuatu yang positif dengan  beriadah dengan sukan dua roda ini sekali gus mencuba nasib untuk menjadi para pelumba profesional.

"Kita tidak akan tahu sejauh mana bakat kita kalau tidak mencuba. Kerana itu, saya menyarankan golongan remaja mengambil peluang ini,” kata Salleh. 

Seperti di Melaka, empat kategori saingan akan dipertandingkan – Kelas A untuk jentera di bawah 100cc; Kelas B untuk jentera di bawah 120cc; Kelas C untuk jentera di bawah 150cc dan Kelas Terbuka untuk para pelumba ‘expert’. 

Selepas, saingan Pusingan 3 akan diadakan di Pahang pada 3 dan 4 Oktober sebelum Pusingan 4 diadakan di Kedah pada 30 dan 31 Oktober.

Saingan Pusingan Akhir akan diadakan di Sepang daripada 20 hingga 22 November. 

Kalendar kejohanan ini bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:

Pusingan 2

19-20  September, Litar Go-Kart SIC

Pusingan 3

3 – 4 Oktober, Pahang

Pusingan 4

30 – 31 Oktober Kedah

Pusingan Akhir

20-22 November, Sepang 

KBS , MAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mencari Ramli: 12 Pemain Ke Manchester United

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain