suria

Hamilton Muncul Juara GP Itali

Lewis Hamilton.

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton terus membuktikan kehebatannya apabila memenangi Grand Prix Itali di Litar Monza, malam Ahad.

Hamilton meninggalkan musuh tradisinya, pelumba Ferrari Sebastian Vettel yang menduduki tempat kedua.

Pelumba Williams, Felipe Massa pula menamatkan saingan di tempat ketiga.

Ia adalah kemenangan ketujuh daripada 12 perlumbaan Hamilton pada musim ini.

Bagaimanapun, Hamilton akan disiasat selepas tekanan tayarnya didapati dibawah paras minimum yang dibenarkan pada awal perlumbaan.

Pengarah Teknikal Mercedes, Paddy Lowe membantah keputusan tersebut kerana yakin mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dengan kemenangan tersebut Hamilton kini berkelebihan 53 mata daripada rakan sepasukannya, Nico Rosberg dalam merebut gelaran dunia F1.


Keputusan penuh Grand Prix Itali:

1. Lewis Hamilton, England, Mercedes, 1:18:00.688 saat

2. Sebastian Vettel, Jerman, Ferrari, 1:18:25.730 saat.

3. Felipe Massa, Brazil, Williams, 1:18:48.323 saat.

4. Valtteri Bottas, Finland, Williams, 1:18:48.684 saat.

5. Kimi Raikkonen, Finland, Ferrari, 1:19:09.548 saat.

6. Sergio Perez, Mexico, Force India, 1:19:13.471 saat.

7. Nico Hulkenberg, Jerman, Force India, 1:28.913 saat.

8. Daniel Ricciardo, Australia, Red Bull, 1:28.065 saat. 

9. Marcus Ericsson, Sweden, Sauber, 1:28.516 saat.

10. Daniil Kvyat, Rusia, Red Bull, 1:28.231 saat.



F1, Lewis Hamilton

Artikel Lain