suria

Van Gaal Arah Man United Jual David De Gea Dan Angel Di Maria

LOUIS van Gaal dilapor telah memberitahu Manchester United untuk menjual David De Gea sebelum Liga Perdana Inggeris musim 2015-16 bermula pada minggu ini.

Van Gaal juga melahirkan keyakinan bahawa penting untuk Ketua Eksekutif United, Ed Woodward menjual penjaga gol berkenaan kepada Real Madrid daripada menyimpan pemain yang tidak gembira itu.

Pelepasan De Gea itu dikatakan akan membawa kepada pembelian penjaga gol Ajax, Jasper Cillessen yang bernilai £25 juta.

Pada masa sama juga Van Gaal sedia melepaskan Angel Di Maria kepada Paris Saint-Germain walaupun terpaksa menanggung kerugian sebanyak £20 juta.

Hal ini kerana, jurulatih kelahiran Belanda itu tidak mahu menyimpan pemain yang enggan mengikut falsafahnya.

Penjualan dan pembelian semula penjaga gol itu dilapor akan diselesaikan dalam tempoh enam hari sebelum United memulakan kempen saingan Liga Perdana Inggeris pada 8 Ogos ini.

Manchester United

Artikel Lain