suria

Man City Bersaing Dengan Chelsea Dapatkan John Stones

PERTAHANAN Everton, John Stones yang menjadi sasaran Chelsea kini turut diminati oleh Manchester City apabila kelab itu ingin melakukan bidaan lebih tinggi.

Chelsea sebelum ini melancarkan bidaan sebanyak £26 juta untuk mendapatkan Stones tetapi ditolak Everton.

Bagaimanapun ketika The Blues ingin melakukan bidaan kedua, City menyatakan hasrat untuk turut membida pemain terbabit.

Dalam perebutan itu, Everton pula menegaskan untuk tidak menjual pemain pertahanan berusia 21 tahun tersebut jika tidak mengikut pemintaan yang dikehendaki.

Kelab itu akan hanya sedia melepaskan Stones jika terdapat pasukan yang sedia membayar sebanyak £34 juta.

Disebalik perebutan itu, City kini melahirkan keyakinan akan dapat membawa Stones ke Etihad tanpa memikirkan jumlah yuran pemindahan bagi memastikan satu skuad mantap dapat disediakan untuk saingan liga musim depan.


Chelsea, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Lain