suria

Tandukan Rooney Pembakar Semangat

Rooney (tengah) menanduk bola pada perlawanan persahabatan menentang Barcelona sambil diperhatikan pemain tengah Barcelona Sergio Busquets (kanan) dan rakan sepasukan, Michael Carrick (kiri) di Stadium Levi, Amerika Syarikat.

SANTA CLARA: Hampir 70,000 penonton menjadi saksi jaringan pembakar semangat Manchester United yang disempurnakan Wayne Rooney ketika menentang Barcelona awal pagi Ahad.

Perlawanan persahabatan yang berakhir dengan keputusan 3-1 ini berlangsung di Stadium Levi iaitu gelanggang bagi skuad San Francisco 49ers.

Permainan bermula apabila Barcelona nyaris mendahului 2-0 menerusi sepakan percuma Luis Suarez yang terkena palang gol, manakala satu lagi percubaannya tersasar meskipun sudah menewaskan penjaga gol United, David De Gea.

Bagaimanapun pada minit ke-7 United mendahului menerusi tandukan Rooney selepas mendapat hantaran Ashley Young hasil sepakan penujuru menewaskan penjaga gol Barca, Marc Andre Ter Stegen.

Selain Rooney, gol Manchester disumbat menerusi Jesse Lingard dan Adnan Januzaj.

Rafinha pula memperoleh gol sagu hati buat Barcelona pada minit ke-90 sebelum Januzaj meledak gol United kira-kira 30 saat selepas itu.

Barcelona turun tanpa bintang utamanya, Lionel Messi dan Neymar yang berehat selepas beraksi untuk Piala Copa America.

Wayne Rooney, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain