suria

Sepp Blatter Dimalukan

Sidang media terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit akibat perbuatan Nelson terhadap Blatter.

PRESIDEN Fifa, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan beberapa minit sebelum memulakan sidang media di Zurich apabila dilemparkan dengan wang kertas.

Sambil melemparkan wang kertas palsu itu, lelaki yang berpakaian kemas dengan kot dan tali leher berkenaan memberitahu Blatter, dana itu bagi menyokong Korea Utara dalam bidaan Piala Dunia 2026.

Tindakan itu dilakukan Lee Nelson atau watak serta identitinya pada laman Facebook - Jason9Bent itu dikenal pasti sebagai pelawak dari Britain.

Melihatkan perbuatan lelaki itu, Blatter secara spontan berkata: "Mana pengawal keselamatan?"

Beberapa ketika kemudian, pengawal keselamatan membawa lelaki berkenaan keluar dari bilik sidang media itu.

Blatter kemudiannya meminta untuk menangguhkan sessi itu sehingga segalanya tenang.

Difahamkan, Nelson atau nama sebenarnya Simon Brodkin pernah melakukan perkara sama kepada selebriti, Kanye West dan skuad bola sepak Piala Dunia England.

Pada Jun lalu, ketika festival muzik di Glastonbury, Nelson naik ke pentas ketika West sedang membuat persembahan dan bernyanyi bersamanya.

Pada 2013, Nelson pernah menyarung jersi Manchester City dan masuk ke padang bermain bersama pasukan itu sebelum pengurusan pasukan dan orang ramai menyedari kehadirannya.





Sepp Blatter, Fifa, Zurich, Lee Nelson

Artikel Sebelum

Rooney 'Senior' Tunggal United

Artikel Berikut

Artikel Lain