Kafa Siasat Dakwaan Kononnya Ada 'Tangan Ghaib' Ganggu Kejurulatihan - Sukan | mStar

Kafa Siasat Dakwaan Kononnya Ada 'Tangan Ghaib' Ganggu Kejurulatihan

KOTA BHARU: "Saya terkejut dengan dakwaan itu, setahu saya, kami memberikan kebebasan penuh kepadanya mengendalikan pasukan," kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Rosmadi Ismail.

Menurutnya, dakwaan Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai adanya 'tangan ghaib' yang mengganggu tugasnya sebagai jurulatih skuad The Red Warriors, adalah serius.

"Pihak pengurusan tidak campur tangan dalam aspek kejurulatihan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan segera membuat siasatan apa lagi ketika ini, naib juara Piala FA musim ini terperosok di kelompok bawahan Liga Super.

Beliau mengulas tindakan Mohd Azraai Khor, 62, yang meletak jawatan sebagai jurulatih Kelantan semalam, kurang empat bulan selepas mengambil alih tugas itu daripada George Boateng pada 24 Mac lepas. 

Rosmadi berkata, Mohd Azraai Khor sudah memaklumkan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengenai peletakan jawatannya.

"Presiden (Annuar) akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini dan buat masa ini tugas jurulatih akan diambil alih Zahasmi Ismail," katanya. 

Sementara itu, Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, Zahasmi yang juga bekas pemain kebangsaan akan mengendalikan latihan pasukan TRW bermula Isnin.

"Kita akan tunggu keputusan rasmi daripada pengurusan tertinggi KAFA mengenai siapa jurulatih baharu pasukan itu dan buat sementara Zahasmi akan memangku tugas ketua jurulatih ," katanya.

Untuk rekod, di bawah kendalian Mohd Azraai Khor, Kelantan hanya mencatat tiga kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan daripada 12 perlawanan dalam Liga Super dan Piala FA tahun ini.

Beliau turut membawa Kelantan ke pentas final Piala FA tahun ini sebelum tewas 3-1 di tangan wakil Singapura, Lions XII.

kafa , Rosmadi Ismail

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain