suria

Danny Blind Ganti Hiddink Pimpin Skuad Belanda

DANNY Blind dilantik sebagai jurulatih baharu bagi menguruskan skuad kebangsaan Belanda.


Blind menggantikan Guus Hiddink yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

Pasukan Belanda menamatkan saingan di tempat ketiga pada aksi Piala Dunia 2014 di Brazil dan selepas itu mereka hanya memenangi empat perlawanan daripada 10 aksi, tewas lima kali serta mencatat satu seri.

Oranje mengutip lima mata di belakang pendahulu, Iceland dan tiga mata memisahkan mereka dengan Republik Czech dalam Kumpulan A bagi Kelayakan Euro 2016.

Blind menjadi pilihan utama menggantikan Hiddink dan dilaporkan menandatangani kontrak bersama Belanda sehingga 2018.

Belanda, Danny Blind, Guus Hiddink

Artikel Sebelum

PKNS FC Belasah KL 4-0

Artikel Berikut

Artikel Lain