suria

Jones Sambung Kontrak 4 Tahun Di Old Trafford

PHIL Jones akan kekal di Manchester United selepas menandatangani kontrak baharu sehingga tahun 2019.


Pemain pertahanan England berusia 23 tahun itu amat teruja sebaik sahaja kontrak empat tahun dengan pilihan sambungan setahun bakal menerima 120,000 ribu pound (RM712, 505) seminggu di Old Trafford .

Jones menyertai United dengan nilai perpindahan 16.5 juta pound (RM98 juta) dari Blackburn pada tahun 2011 mempunyai baki 12 bulan di Old Trafford sebelum ditawarkan dengan kontrak baharu ini.

“Saya sangat teruja dengan kontrak baharu ini bersama kelab terbaik dan tidak sabar untuk memulakan kempen baharu nanti,” jelasnya.

Sementara itu, pengurus kelab, Louis van Gaal berkata: “Kami amat gembira apabila Phil menandatangani kontrak baharu ini. Dia merupakan pemain berbakat dan serba boleh, malah mampu bermain dalam beberapa posisi berbeza.

“Phil antara pemain pertahanan muda yang sentiasa meningkat. Dia ketinggalan beberapa aksi musim lalu berikutan kecederaan, namun saya amat tertarik dengan sikap dan profesionalisme sepanjang musim”.

Jones melakukan 94 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak menyertai United dan turut mencatat 17 aksi bersama pasukan kebangsaan, The Three Lions.

Phil Jones, Manchester United

Artikel Lain