Fahami Maksud Sebenar TMJ - Annuar Musa - Sukan | mStar

Fahami Maksud Sebenar TMJ - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ismail yang tidak membenarkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) mewakili negara kerana baginda terkilan dengan pihak yang menyalahkan pasukan Southern Tigers itu apabila skuad kebangsaan tewas.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak adil jika pasukan JDT atau mana-mana pasukan lain dipersalahkan kerana kekalahan itu berpunca daripada kegagalan pengurusan bola sepak negara.

"Saya memahami apa yang baginda maksudkan, bukan dia tidak mahu bagi tetapi dia terkilan dengan komen masyarakat yang menyalahkan JDT apabila pasukan negara tewas dan ia tidak adil kepada JDT.

"Namun, secara amnya, negeri wajib membenarkan pemain yang dipilih kerajaan selagi perlawanan itu dijadualkan oleh Fifa," ujarnya.

Beliau ditemui pada sidang media memperkenalkan Dasar Pembiayaan Pelajaran Baharu, di ibu pejabat Mara, di sini, Jumaat.

Tambahnya, TMJ adalah seorang yang berkeinginan tinggi dan mahu melihat bola sepak negara lebih maju.

"Saya selalu mengadap baginda dan berbincang tentang masalah bola sepak. Dia seorang yang terlalu bersemangat dalam memajukan bola sepak negara, sebab itu dia majukan bola sepak negeri Johor dan apa yang dilakukan itu adalah untuk diberikan kepada negara sebenarnya," katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, negara tidak akan maju dan mendapat keputusan luar biasa dalam sukan bola sepak jika masih menggunakan cara sedia ada.

Katanya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mempunyai blueprint dan perancangan teliti di peringkat pembangunan untuk memastikan sukan bola sepak dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

"Kalau mahu bola sepak maju perlu ada satu blueprint, kita tidak boleh harap cara lama yang digunakan ini untuk mendapat keputusan luar biasa.

"Semua negara maju sudah mempunyai blueprint dan mereka ada program besar-besaran dari akar umbi. Mereka cari jurulatih dahulu baru pemain dan ajar bagaimana cara pemainan yang betul. Kita cari pemain dahulu tetapi jurulatih tiada yang betul-betul layak," ujarnya.

Tambahnya, dia bersedia berkhidmat secara sukarela jika diperlukan untuk membuat blueprint  tersebut.

Terdahulu pada Rabu, TMJ yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBSJ) mengecam tindakan segelintir pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali skuad kebangsaan Malaysia mencatat kekalahan.

Malah, Tunku Ismail turut menasihatkan pengurusan pasukan Harimau Malaya supaya tidak menyenaraikan pemain JDT pada masa akan datang. 

tmj , Annuar Musa

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain