suria

Galatasaray Berusaha Dapatkan Van Persie

ROBIN Van Persie merupakan antara pemain yang dikehendaki oleh Galatasaray, dan dia akan ke Istanbul jika Louis van Gaal mendapat penyerang baharu.

Kelab Turki itu mengesahkan bahawa pasukannya sedia membawa Van Persie ke Istanbul pada Ogos sebagai usaha menempuh saingan Liga Juara-Juara Eropah, Manchester Evening News.

Ahli Lembaga Pengarah Galatasaray, Cuneyt Tanman dilaporkan berada di England untuk menemui ejen Van Persie.

Selain itu, pengurus kelab nombor satu Turki itu, Hamza Hamzaoglu mengesahkan mengenai minat mereka dalam mendapatkan Van Persie.

"Kami ingin mendapatkan pemain yang dapat menguatkan pasukan ini menggembirakan penyokong. Tiada pengurus akan berkata tidak untuk mendapatakan Van Persie," jelasnya.

Galatasaray, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain