suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Pilih Pemain Muda Ke Jelajah Pramusim

MANCHESTER United akan menurunkan bintang mudanya untuk menhadapi saingan pramusim di Amerika Syarikat (AS) pada Julai ini.

Pengendali United, Louis Van Gaal berkata, pemain muda merupakan aset utama yang akan diketengahkan pada musim depan selain bintang berpengalaman.

Pemain muda yang akan menjadi sasaran Van Gaal adalah daripada skuad bawah 21 tahun, (B-21) yang berjaya menjuarai liga musim ini.

"Saya akan membawa sejumlah besar pemain muda ke AS.

"Mereka mempunyai peluang untuk menunjukkan diri masing-masing dan kami akan meninjau perkembangan mereka," katanya.

Dalam jelajah pramusim itu, United akan bertemu kelab Amerika, San Jose Earthquakes, Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

Manchester United

Artikel Lain