Sukan SEA: 'Boy' Hadiahkan Pingat Emas Kepada Ibu - Sukan | mStar

Sukan SEA: 'Boy' Hadiahkan Pingat Emas Kepada Ibu

Aksi Muhammad Faizul atau dikenali Boy (tali pinggang biru) ketika bertemu peserta Thailand pada aksi final, Ahad.

SINGAPURA: Pesilat negara, Muhammad Faizul M.Nasir yang lebih dikenali sebagai 'boy' oleh keluarga dan rakan-rakan menghadiahkan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA ke-28 pada Ahad, kepada ibunya.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura, pesilat berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu meraih pingat emas dalam acara Putra Kelas B (50-55kg) setelah ketua pengadil membatalkan penyertaan pesilat Thailand, Nanthachai Khansakon.

Penyertaan pesilat Thailand itu dibatalkan setelah beliau melakukan 'gerakan berat' yang menyalahi peraturan perlawanan.

Pingat gangsa pula menjadi milik Aprin Ardianto dari Indonesia dan Duy Phuong Vo dari Vietnam.

Muhammad Faizul berkata beliau menghadiahkan pingat tersebut kepada ibunya, Inang Zuarmi Amir kerana itu adalah kali pertama ibunya datang ke Singapura dua hari lepas, bagi memberi sokongan moral kepada beliau.

"Sebelum ini ibu tidak pernah datang melihat saya beraksi kerana tidak sanggup melihat saya cedera," katanya dalam nada sebak.

Beliau juga berkata kejayaan hari ini adalah hasil sokongan rakan-rakanserta jurulatih yang banyak memberi semangat kepadanya.

Muhammad Faizul berkata akibat menerima serangan di bahagian bawah perut, beliau masih berasa sakit.

"Balik ke Malaysia, saya akan terus mendapatkan rawatan di Institut SukanNegara (ISN)," katanya.

Silat , sukan SEA , Muhammad Faizul M.Nasir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain