Sami Khedira Sah Milik Juventus - Sukan | mStar

Sami Khedira Sah Milik Juventus

JUVENTUS pada Selasa mengumumkan telah mengikat pemain tengah Jerman, Sami Khedira dari Real Madrid menerusi pemindahan percuma.

Khedira, 28, dilapor telah bersetuju menandatangan kontrak selama empat tahun bersama naib juara Liga Juara-Juara Eropah itu yang akan sah bermula 1 Julai ini.

Sepanjang lima tahun di Real Madrid, Khedira berjaya membantu kelab gergasi Sepanyol berkenaan menjuarai saingan La Liga, Liga Juara-Juara Eropah dan Copa del Rey (dua kali).

Khedira mempunyai 54 kap bersama Jerman dengan menghasilkan lima gol selain membantu negara berkenaan dengan baik sepanjang Piala Dunia.

Laman web rasmi Juventus memberitahu," Khedira pemain yang bermain di bahagian tengah pertahanan mampu memenangi bola, mengawal permainan dan membuat hantaran dengan baik kepada rakan sepasukan."

Kehadiran Khedira di Juventus turut menguatkan spekulasi bahawa penghijrahan Paul Pogba bakal berlaku apabila seorang pemain tengah telah ditambah.

Real Madrid , Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor