Sukan SEA: Terima Hakikat Pasukan Lain Lebih Baik - Hamidin - Sukan | mStar

Sukan SEA: Terima Hakikat Pasukan Lain Lebih Baik - Hamidin

PETALING JAYA: Walaupun pahit, terpaksa ditelan jua mengenai hakikat pasukan Bawah 23 Tahun negara yang beraksi pada  Sukan SEA, di Singapura gagal memberi persembahan terbaik.



Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui pasukan Sukan SEA yang lain lebih baik daripada skuad Malaysia.

“Saya kira pasukan Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee kena terima kenyataan bahawa pasukan lain, Thailand dan Vietnam lebih baik daripada pasukan kita dalam aksi ini.

“Kalau dari segi matematik, kita sudah terkeluar untuk saingan ke separuh akhir. Bagaimanapun kita di FAM kena move forward dan sedang memikirkan untuk membuat persiapan pasukan bagi Sukan SEA 2017.

"Tuanku Presiden  (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) sudah mengarahkan saya untuk dapatkan laporan dan akan buat ‘post mortem’ pada awal Julai ini dalam mesyuarat pengurusan pasukan kebangsaan,” jelasnya selepas sidang media pengurus pasukan Malaysia dan Hong Kong bagi perlawanan persahabatan pada Sabtu di Stadium Shah Alam.

Sementara itu mengenai skuad kebangsaan, Hamidin menjelaskan bahawa barisan pemain Harimau Malaya adalah yang terbaik buat masa ini.

“Saya sudah bincang dengan Dollah Salleh (jurulatih kebangsaan) bersama pegawai pasukan bahawa kita perlu menang dalam tiga perlawanan (Kelayakan Piala Dunia 2018) bulan ini.

“Walaupun bukan senang nak kalahkan Timor Leste dan Palestin termasuk perlawanan esok, tetapi jika semua memberi fokus,  saya percaya kita boleh menang.

“Kita akan hadapi satu persatu perlawanan,” jelasnya yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan kebangsaan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama UAE, Timor Leste, Palestin dan Arab Saudi.

Skuad negara akan memulakan cabaran menentang Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin pada 16 Jun, sebelum menghadapi saingan getir berdepan UAE pada 3 September dan Arab Saudi (8 September).

Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia itu juga menjadi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain