suria

Man United Bida Raheem Sterling £25 Juta

MANCHESTER United sedia membuat bidaan sebanyak £25 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling, sekaligus menyelesaikan kekurangan penyerang kelab itu serta menamatkan masalah panjang Liverpool mengenai kontrak pemain muda berkenaan.

Mirror Online melaporkan, usaha pertama United pada bulan lalu gagal apabila Liverpool menolak pentanyaan mengenai potensi menjual Sterling.

Bagaimanapun Louis van Gaal tidak mahu cepat berputus asa sebaliknya akan terus membuat bidaan bagi mendapatkan Sterling dalam beberapa hari lagi.

Jurulatih kelahiran Belanda itu ingin mendapatkan Sterling, 20, yang merupakan pemain muda berbakat England kerana percaya kariernya akan lebih baik jika berada di Old Trafford.

Van Gaal juga percaya Sterling akan meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan kali ini kerana kontraknya hampir tamat.

Jika Liverpool menolak tawaran United, tidak mustahil mereka akan menjual Sterling kepada Manchester City yang turut mahukan pemain berpotensi itu untuk jangka masa panjang.

Manchester United, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain