Raheem Sterling Dicemuh, Diejek Ketika Menerima Anugerah - Sukan | mStar

Raheem Sterling Dicemuh, Diejek Ketika Menerima Anugerah

PENYERANG Liverpool, Raheem Sterling telah dicemuh dan diejek oleh penyokong kelab itu ketika dianugerahkan pemain terbaik The Kop.

Perkara itu berlaku berikutan Sterling menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Anfield pada akhir musim ini dengan menolak tawaran lanjutan kontrak.

Penyerang berusia 20 tahun itu yang dianugerahkan pemain muda terbaik musim ini pada mulanya diberi tepukan sederhana ketika berjalan ke pentas untuk menerima penghormatan berkenaan.

Sterling bersama teman wanitanya, Paige Milian ketika hadir pada majlis anugerah tahunan Liverpool.

Bagaimanapun ketika menyampaikan ucapan penerimaan anugerah, Sterling telah diejek dan dicemuh oleh beberapa penyokong yang hadir.

"Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakan sepasukan," katanya sebelum berjalan ke tempat duduk sambil sekali lagi menerima cemuhan daripada penyokong.

Sterling kemudian terus diejek apabila namanya disebut untuk pencalonan anugerah lain.

Selain itu, terdapat di antara mereka menjerit meminta Sterling melanjutkan kontraknya bersama Liverpool.

Penyerang England itu dilapor sedang diburu oleh Manchester City dan Chelsea dengan jumlah bidaan lebih tinggi berbanding kelab lain.

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain