suria

Liga Europa: Sevilla Tempah Tiket Ke Final, Jumpa Dnipro

Sevilla mara ke final.

SEVILLA menempah slot ke final Liga Europa selepas menewaskan Fiorentina 2-0 di Stadium Artemio Franch, awal pagi Jumaat.

Pasukan tersebut mara dengan agregat kemenangan 5-0 selepas memperoleh dua gol pada babak pertama menerusi Carlos Bacca dan Daniel Carrico.

Fiorentina bermula dengan cemerlang pada awal permainan tetapi tandukan Gonzalo Rodriguez berjaya ditampan penjaga gol Sevilla, Sergio Rico.

Namun tugas Fiorentina mulai getir pada minit ke-22 apabila mereka gagal mengeluarkan tendangan percuma Ever Banega yang kemudiannya disempurnakan Bacca.

Sevilla terus mendahului di depan dengan selesa lima minit kemudian apabila tendangan percuma Banega disudahkan Carrico dari jarak dekat.

Fiorentina dihadiahkan sepakan penalti apabila Grzegorz Kolodiejczak mengasari Pizarro tetapi percubaan Josip Ilicic terkena palang.

Sevilla akan bertemu Dnipro dalam aksi final di Warsaw pada 27 Mei ini.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan berasingan, Dnipro Dnipropetrovsk mara ke pusingan final Liga Europa buat pertama kalinya selepas menewaskan Napoli 1-0 di Stadium Olimpic Kiev.



Tandukan Yevhen Seleznyov pada minit ke-58 sudah cukup melayakkan Dnipro untuk mara dengan agregat kemenangan 2-1.

Pada aksi terdahulu, Dnipro dan Napoli terikat seri 1-1.

Barisan pemain:

FIORENTINA: Neto, Rodriguez, Savic, Basanta, Alonso, Pizarro, Fernandez, Joaquin, Valero, Ilicic, Salah. 

SEVILLA: Rico, Tremoulinas, Carrico, Kolodiejczak, Coke, Krychowaik, Banega, Vitolo, Vidal, Mbia, Bacca.

Sevilla, Fiorentina, Dnipro, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain