suria

Paul Pogba Ditawar Gaji Pemain Tengah Tertinggi Di Dunia

MANCHESTER City dilaporkan akan menjadikan Paul Pogba sebagai pemain tengah yang menerima gaji tertinggi di dunia pada musim depan.

Kelab milik jutawan Arab itu menjanjikan kepada Pogba gaji sebanyak £250,000 seminggu selepas ditolak cukai untuk memastikan mereka memenangi saingan di antara Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG), Manchester United dan Chelsea.

City selain itu turut mendapat kelebihan apabila bakal membawa masuk jurulatih terbaik dunia iaitu Pep Guardiola ke kelab itu pada musim depan.

Mirror Sport pada minggu lalu mendedahkan bahawa City sedia membayar sebanyak £70 juta kepada Juventus untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu yang kini merupakan 'aset' paling berharga.

Berikutan itu, City menyediakan tawaran luar biasa kepada pemain Perancis berkenaan iaitu dengan kesediaan membayar gaji sebanyak £12.5 juta setahun, iaitu £385,000 seminggu sebelum potongan cukai.

Untuk memastikan Juventus pula tertarik, City menawarkan Yaya Toure sebagai pertukaran.

Pemain Ivory Coast yang menerima gaji sebanyak £220,000 seminggu itu kini menjadi sasaran Inter Milan.

Manchester City, Paul ogba

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain