Nicol Di Awangan Menjuarai Kejohanan Skuasy Asia Lagi - Sukan | mStar

Nicol Di Awangan Menjuarai Kejohanan Skuasy Asia Lagi

Nicol buktikan keunggulan apabila menjuarai Skuasy Asia buat kali ke sembilan di Kuwait, Selasa.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Nicol David membuktikan keunggulannya dengan merangkul gelaran juara Asia buat kali kesembilan pada Kejohanan Skuasy Asia edisi ke-18 di Kuwait.

Bermain sebagai pilihan pertama, Nicol menunjukkan kehebatan dengan hanya mengambil masa 35 minit untuk mengalahkan juara bertahan Annie Au dari Hong Kong; 12-10, 11-7 dan 11-8 dalam perlawanan akhir di kompleks skuasy antarabangsa Sheikh/Salem Al-Sabah di Kuwait, lewat Selasa.

Nicol telah memenangi kejuaraan Asia ini pada 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2011.

Kemenangan merangkul trofi kedua tahun ini selepas Cleveland Classic pada Februari, pastinya memberikan perangsang baik kepada pemain berusia 31 tahun dari Pulau Pinang ini, untuk mempertahan gelaran Terbuka British di Hull, England, minggu depan.

Leo Au, pemain pilihan keempat bagaimanapun dapat menebus kegagalan kakaknya dengan menewaskan pemain pilihan ketiga, Abdullah Al-Mezayen, peserta tuan rumah, dengan keputusan 11-7, 11-9 dan 13-11 dalam masa 47 minit pada perlawanan akhir lelaki.-- Bernama

Nicol David , Kuwait , Skuasy Asia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain