suria

Barcelona Mahukan Wayne Rooney

WAYNE ROONEY merupakan seorang daripada empat pemain di Manchester yang diburu Barcelona untuk dibeli pada akhir musim ini, lapor akhbar Sport di Sepanyol.

Selain ketua pasukan Manchester United itu, kelab gergasi Sepanyol berkenaan turut mahukan Ander Herrera, Juan Mata dan pemain Manchester City, David Silva.

Walaupun usaha Barcelona untuk mendapatkan Rooney agak mustahil namun ia tidak menjadi kejutan jika mereka mampu memikat tiga pemain warga Sepanyol untuk beraksi di tanah air sendiri.

Kelab bimbingan Luis Enrique memerlukan pemain tengah apabila lagenda kelab itu, Xavi bakal meninggalkan Nou Camp pada akhir musim ini.

Silva, 29, menyertai City pada 2010 serta membuat 200 penampilan dan memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali.

Juan Mata pula berjaya menjadi pemain penting buat United selepas melalui tempoh sukar.

Bekas pemain Chelsea itu berjaya memikat hati Louis Van Gaal tatkala masa depannya bersama United semakin menemui penghujung.

Pemain muda seperti Herrera telah diikat dengan kontrak jangka masa panjang selepas dia tiba pada Julai lalu di Old Trafford.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain