suria

Piala FA Inggeris Akan Dikenali Sebagai Piala FA Emirates

Juara Piala FA musim lalu Arsenal. Mulai musim depan ia akan dikenali sebagai Piala FA Emirates.

KEJOHANAN kalah mati tertua di dunia iaitu Piala FA Inggeris akan diberi penjenamaan baru apabila syarikat penerbangan Emirates bersetuju untuk menjadi penaja utama mulai musim akan datang.

Dengan penajaan tersebut, Piala FA akan dikenali sebagai Piala FA Emirates.

Menurut laporan portal berita Mail Online, penajaan selama tiga tahun itu bernilai £30 juta.

Piala FA Inggeris adalah kejohanan kalah mati yang tertua di dunia berusia 144 tahun.

Sebelum ini, Piala FA ditaja oleh syarikat minuman keras Budweiser bernilai £9 juta setahun.

Emirates Airlines, adalah jenama yang berkait rapat dengan pelbagai jenis sukan di dunia termasuklah menjadi penaja kepada pasukan Arsenal dan juga stadiumnya.

Ia juga adalah sebahagian dari penaja utama badan bolasepak dunia - Fifa.

Bagaimanapun, pihak Piala FA mendapat peluang penajaan ini apabila Emerates menamatkan kontrak penajaan mereka berjumlah £30 juta setahun dengan Fifa untuk Piala Dunia 2018 dan 2022.

Emirates juga menarik diri daripada pembidaan penajaan untuk Liga Juara-Juara Eropah sekaligus membuka ruang kepada mereka melibatkan diri dalam Piala FA.

Emirates yang berpangkalan di Dubai adalah pesaing terdekat syarikat penerbangan Abu Dhabi iaitu Etihad yang kini merupakan penaja utama Manchester City.

Penglibatan Emirates secara rasmi akan diumumkan menjelang perlawanan akhir Piala FA pada 30 Mei depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain