suria

De Gea Dalam 'Perjalanan' Ke Real Madrid

BINTANG Manchester United, David De Gea kini berada dalam 'perjalanan' ke Real Madrid untuk menggantikan Iker Casillas pada musim depan.

Menurut Mirror Online, penjaga gol itu yang masih mempunyai kontrak selama setahun dengan United mula memikirkan mengenai pemindahan ke kelab gergasi Sepanyol.

Berikutan itu juga, mula wujud kebimbangan di kalangan skuad United sekiranya De Gea memberi tamparan dengan meninggalkan kelab berkenaan pada akhir musim ini.

Jika United gagal menyekat kemahuan De Gea untuk ke Real Madrid, kelab itu perlu mengaut keuntungan pantas dengan menjualnya sebanyak £50 juta.

Selain itu, United boleh mengambil kesempatan dengan meminta Real Madrid memberikan Gareth Bale sebagai pengganti De Gea.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain