suria

Hummels Cukup Bagus Untuk Bermain Di Old Trafford - Klopp

MASA depan Mats Hummels menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini apabila dikatakan akan berhijrah ke Manchester United kerana masalah yang dihadapi Borussia Dortmund.

Pemain pertahanan Jerman itu menjelaskan dia gembira berada di Dortmund dan tidak berhasrat untuk berpindah.

Bagaiamanapun pemenang Juara Dunia itu mengubah kenyataannya baru baru ini apabila dia menyatakan perpindahan ke kelab lain akan membawa kesan positif terhadap kerier dan kehidupannya.

Pengurus Dortmund, Jurgen Klopp mengesahkan pada Sabtu bahawa Hummels sedang bercadang untuk berpindah ke kelab lain.

"Dia memberitahu saya bahawa dia sedang berfikir mengenai perpindahan," kata Klopp.

"Dia sudah cukup bagus untuk bermain bersama Manchester United," kata Klopp apabila ditanya mengenai minat pasukan Red Devils untuk mendapatkan pemain itu yang dinilai antara yang terbaik di Dortmund.

Topik perpindahan Hummels pada musim depan sedang hangat dibincangkan dan penyokong pasti mengambil serius kata-kata Klopp sebagai bukti bahawa United akan berjaya membawa pemain itu ke Old Trafford.


Klopp, Borussia Dortmund

Artikel Berikut

Artikel Lain