suria

Lahm Mahu 'Gantung But'

Philip Lahm percaya dapat terus menyumbang untuk pasukannya dalam masa tiga tahun lagi.

KAPTEN Bayern Munich, Philip Lahm telah memberi bayangan akan bersara dari sukan bola sepak apabila kontraknya berakhir pada 2018.

Lahm memberi komen mengenai masa depannya selepas kembali beraksi bersama pasukannya setelah pulih dari kecederaan.

Berusia 31 tahun, pemain itu percaya dia sudah bersedia untuk mengambil semula tempatnya dalam kesebelasan utama setelah membuat kemunculan sebagai pemain gantian untuk beberapa perlawanan.

"Saya masih mampu bermain dengan tahap kecerdasan tinggi untuk tiga tahun lagi tetapi saya tidak mahu memaksa diri sehingga menjejaskan kesihatan kerana saya mahu bersara dengan gembira.

"Saya mempunyai kontrak bersama Bayern sehingga 2018 dan ketika itu berusia 34 tahun. Selalunya itu adalah masa untuk bersara tetapi ia mungkin tidak akan berlaku kepada saya," kata beliau.

Lahm juga menggesa kelab tersebut untuk mengekalkan khidmat Guardiola sebagai ketua jurulatih di situ.

"Mereka patut melanjutkan kontraknya.

"Pihak kelab dan pemain perlu tahu apa yang dimahukan jurulatih kerana ia kerja yang mencabar lebih-lebih lagi di Bayern Munich kerana ia memerlukan tenaga yang banyak dan kerja yang teliti," kata pemenang Juara Dunia 2014.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain