suria

Pepe Reina Nasihatkan De Gea Kekal Di Man United

PENJAGA GOL Bayern Munich, Pepe Reina menggesa David de Gea yang disifatkan sebagai penjaga gol nombor 1 di Eropah untuk kekal di Manchester United walaupun Real Madrid berminat untuk mendapatkannya.

De gea yang menyertai United dari Atletico Madrid pada 2010, menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan corak Liga Perdana Inggeris, namun kini muncul sebagai penjaga gol terbaik di bawah kendalian Louis van Gaal.

Pemain kelahiran Speanyol itu berjaya mempamerkan peningkatan sejak dua musim lalu sebelum tampil cemerlang pada musim ini sehingga menjadi sasaran Real Madrid untuk digantikan dengan Iker Casillas.

Tetapi, Reina yang merupakan bekas penjaga gol Liverpool menasihatkan rakan senegaranya supaya terus kekal di United walaupun berpeluang untuk pulang ke Sepanyol.

"Dia seorang penjaga gol terbaik di Eropah dan pada tahun ini dia menjadi lebih cemerlang.

"Mungkin Real madrid mahukan khidmat dia, tetapi saya menasihatkan De Gea untuk kekal di United untuk kelebihan dirinya," jelas Reina.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain