suria

Xavi Tinggalkan Barca, Ikat Kontrak Dengan Al Sadd

PEMAIN tengah Barcelona, Xavi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Qatar, Al Sadd sebaik sahaja tamat aksi musim ini.

Perancang utama Sepanyol itu berhijrah ke Qatar dan menggantikan bekas pemain Real Madrid, Raul di sana.

Xavi,35, dijangka akan menerima gaji sebanyak 10 juta pound (RM40 juta) dan dalam masa sama dia akan mengambil kursus bagi mendapatkan lesen kejurulatihan di Akademi Aspire.

Bekas pelatih akademi bola sepak terkenal La Masia ini dipanggil menyertai skuad senior Barca pada tahun 1998.

Sepanjang bersama Barca, Xavi dianggap antara pemain prolifik dan menjadi tumpuan apabila turut membantu kelab menjulang tujuh trofi juara liga, dua Copa del Reys dan tiga kali gelaran Liga Juara-Juara ketika di Camp Nou.

Xavi mencatat 133 kap antarabangsa malah turut menjadi  tulang belakang ketika Sepanyol merangkul juara Euro 2008, Piala Dunia 2010 serta Euro 2012.

Dia bertindak sebagai pembantu ketika Carles Puyol menjaringkan gol tunggal menewaskan Jerman pada aksi separuh akhir di Afrika Selatan sebelum bermain 120 minit di pentas akhir mengalahkan Belanda.

Xavi, Barcelona, Al Sadd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain