FAM Siasat Insiden Kekecohan Perlawanan Piala Presiden - Sukan | mStar

FAM Siasat Insiden Kekecohan Perlawanan Piala Presiden

Hamidin Mohd Amin.
SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyiasat laporan yang mendakwa berlakunya kekecohan selepas perlawanan Piala Presiden antara Pulau Pinang dan Kelantan di Padang 'A' Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Rabu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Jawatankuasa Undang-Undang FAM akan membuat tindakan susulan sekiranya mereka memperolehi maklumat mengenai insiden berkenaan daripada komisar perlawanan.

"Saya belum mendapat laporan perlawanan berkenaan dan baru sahaja mengetahui kejadian tersebut hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan kumpulan I Pusingan Kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 2016 di sini, Khamis.

"Sekiranya ada laporan, mereka (Jawatankuasa Undang-Undang FAM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selagi tidak mendapat laporan, saya tidak berani hendak buat komen lanjut," katanya.

Hamidin menegaskan Sekretariat FAM tidak mencampuri bidang kuasa Jawatankuasa Undang-Undang memandangkan ia sebuah badan bebas yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang.

Menurut laman Facebook, salah seorang penyokong Pulau Pinang mendakwa jurulatih penjaga gol Kelantan, Halim Napi dikatakan bertindak menampar salah seorang pemain pasukan tuan rumah sehingga menimbulkan kekecohan ntara pemain kedua-dua pasukan.

Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 2-2.
Hamidin Mohd Amin , FAM , Piala Presiden

Artikel Sebelum

KPI Untuk Jurulatih BAM Mulai 1 April

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain