suria

MSN Persiap Pelan Perancangan Pembangunan Sukan Jangka Panjang

Ahmad Shapawi Ismail (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan kepada Pengarah Pembangunan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Mohd Bahrin Othman pada Majlis Anugerah Sukan 2014 UiTM, Sabtu.

SHAH ALAM:  Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyiapkanpelan Rancangan Pembangunan Sukan Jangka Panjang (Blueprint) 2015-2022, membabitkan 19 jenis sukan teras di negara ini.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata menerusi pelan itukesemua program latihan sukan akan dapat diselaraskan secara berstruktur bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan sukan secara holistik dariperingkat akar umbi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kami akan menyiapkan draf pertama pada penghujung bulan ini dan draf ini akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan untuk diteliti.

"Lanjutan daripada itu, MSN akan menghasilkan draf akhir untuk dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selewat-lewatnya Jun ini,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Sukan UiTM 2014 disini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Datuk DrAbdullah Mohamad Said.

Ahmad Shapawi berkata pelan pembangunan itu menumpukan kepada lima perkara utama iaitu pembangunan atlet, kejurulatihan, pembangunan pertandingan sukan domestik dan antarabangsa, pembangunan pusat latihan dan pembangunan organisasi sukan berkenaan.

Antara sukan yang terlibat ialah angkat berat, badminton, olahraga, akuatik,memanah, menembak dan sukan layar.

"Pelan ini merupakan antara proses transformasi sukan Malaysia dalam memacu kecemerlangan sukan dan melahirkan atlet berprestasi tinggi seperti yang disarankan Menteri Belia dan Sukan," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Ahmad Syukri Abdul Aziz atlet sukan perahu layar dinobatkan olahragawan UiTM manakala olahragawati disandang Muslifah Zulkifli (menembak). 

MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail

Artikel Lain