suria

Muizzuddin Musyaffa Dipilih Atlet Muda Terbaik SAM

KUALA LUMPUR: Jaguh permotoran dunia, Muizzuddin Musyaffa Abdul Gafar dipilih sebagai Atlet Muda Terbaik pada Anugerah Sukan SAM-100Plus 2014 yang bakal diadakan pada 17 Mac ini.

Pada usia 12 tahun, Muizzuddin Musyaffa atau lebih dikenali dengan panggilan Muizz, melakar kejayaan hebat apabila muncul juara dalam saingan Siri Piala Juara-Juara Go-Kart Dunia (WSK) bagi kelas 60 Mini di Itali, tahun lepas.

Menurut kenyataan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Muizzuddin Musyaffa dinilai menerusi kejayaan besar termasuk muncul naib juara keseluruhan kejuaraan Siri Masters WSK pada tahun lepas.

Pelumba cilik itu mula menceburkan diri dalam sukan go-kart sejak berusia lapan tahun dan pada usia sembilan tahun, beliau bersaing secara kompetitif dengan menyertai kejuaraan penuh Kejohanan Go-Kart Itali CSAI.

Kejayaan meraih tempat keempat pada kejuaraan antarabangsa Jemputan Micro Max di Porto, Portugal pada 2009 menjadi titik-tolak Muizz mengorak langkah lebih jauh.

Bagi saingan musim 2015, antara kejuaraan besar yang bakal disertai oleh Muizz adalah Siri Piala Juara-Juara WSK, Siri Masters WSK, Kejohanan Eropah CIK-FIA, Kejohanan Dunia CIK-FIA dan Piala Akhir WSK.

Muizzuddin Musyaffar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain