Liga Perdana: N. Sembilan Matrix Rampas Kedudukan Teratas - Sukan | mStar

Liga Perdana: N. Sembilan Matrix Rampas Kedudukan Teratas

Francis Forkey Doe (kiri) berjaya melepasi pertahanan dan penjaga GOL Kuantan FA pada perlawanan Liga Perdana 2015 di Stadium Darul Makmur, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Pasukan Negeri Sembilan Matrix mengekalkan rekod tanpa kalahnya dan menduduki tempat teratas Liga Perdana selepas menewaskan Kuantan FA 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat malam.

Skuad kendalian K. Devan bermula cemerlang menerusi jaringan seawal minit pertama melalui Sharizal Mohd Saad, sebelum penyerang import Francis Forkey Doe menambahkan jaringan pada minit kelima.

Pasukan tuan rumah merapatkan jurang pada minit kelapan melalui jaringan Milan Purovic namun Doe mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan menambah jaringan pada minit ke-71.

Sementara itu, pasukan Pulau Pinang menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Kuala Lumpur di Stadium Bandaraya.

Gol tunggal pasukan 'Harimau Kumbang' itu dijaringkan oleh penyerang kelahiran Kedah, Mohd Faiz Subri pada minit ke-39.

Peneraju liga minggu lepas, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) gagal mengekalkan tangga teratas liga selepas tewas 1-3 kepada pasukan T-Team di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol pertama pasukan itu dijaringkan oleh pemain import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiyev minit ke-44 melalui sepakan penalti, sebelum menambahkan jaringan pada minit ke-48.

Gol tunggal pasukan selatan tanah air itu dijaringkan oleh pemain tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-71 sebelum Norhakim Hassan menambahkan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-88.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan Sabah membenam SPA Putrajaya FC 4-1 melalui jaringan Zuraindey Jumai pada minit ke-29, Leopold Alphonso Otong (31') Eamon Zayed (48') dan Izuan Salahuddin (64') manakala gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh Raja Mohd Hafillah Raja Mahat pada minit ke-65.

Terdahulu, pasukan Selangor PKNS FC turut mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan Kedah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, petang tadi.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Farderin Kadir pada minit ke-12 dan Arip Amiruddin pada minit ke-89 sebelum Syafiq Ahmad mengurangkan defisit untuk pasukan 'Hijau Kuning' pada minit ke-90.

Pasukan UiTM FC pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada pasukan DRB Hicom FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tiga jaringan pasukan pelawat disumbangkan oleh Aris Zaidi pada minit kelapan, Fakhrullah Rosli (22') dan penyerang import dari Crotia, Ivan Babic (65') manakala gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Abdi Kassim Sadallah pada minit ke-32. 

Liga Perdana

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain