Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu' - Sukan | mStar

Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu'

LONDON: Louis van Gaal menemui cinta baharu, dan dia mahukan masa lebih lama untuk menikmati kecintaan itu.

Akhbar Sunday People melaporkan, pengurus berusia 63 tahun itu membentangkan rancangan jangka panjangnya untuk Manchester United ketika mengadakan perbincangan selama empat jam dengan keluarga Glazer yang menjadi pemilik kelab berkenaan.

Impian van Gaal itu pula mungkin dapat dicapainya apabila mereka dilaporkan kagum dengan wawasan bekas pemain kebangsaan Belanda itu dan bersikap terbuka untuk melanjutkan kontraknya dengan MU selama dua tahun lagi.

Ketika ini van Gaal diikat MU selama tiga tahun.

Kolumnis Sunday People, Steve Bates berkata, van Gaal bertemu tiga bersaudara masing-masing Bryan, Avram dan Joel Glazer ketika usahawan Amerika Syarikat itu datang ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Burnley.

MU menang 3-1 dalam perlawanan itu.

“Selepas perlawanan berakhir, van Gaal tidak pulang terus ke apartmennya di Cheshire sehinggalah pukul 3 pagi.

“Perkembangan itu mencetuskan kemungkinan dia membincangkan masa depannya di Old Trafford,” katanya.

Bates berkata, van Gaal menegaskan dia mahu menjadikan tugas di Old Trafford sebagai penutup kerjayanya.

Keadaan itu dapat difahami kerana sebelum ini pun van Gaal pernah menyatakan kepada rakannya, dia gembira bersama MU dan menyesal kerana ‘terlewat’ datang ke kancah persaingan Liga Perdana Inggeris.

Kata Bates, selepas berada di tengah-tengah persaingan liga bola sepak itu, van Gaal mahu membina semula skuad MU selepas pasukan itu gagal menyerlah sebaik saja pengurus lama, Alex Ferguson melepaskan jawatannya kepada David Moyes.

“Bagaimanapun, penguasaan van Gaal di Old Trafford banyak bergantung kepada kemampuannya mengemudi MU mendapat tempat dalam saingan Liga Juara-Juara pada musim depan,” katanya.


Louis van Gaal , MU , Glazer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain