Pemain Harimau Muda Perlu Bebas Pilih Pasukan - Khairy - Sukan | mStar

Pemain Harimau Muda Perlu Bebas Pilih Pasukan - Khairy

Khairy Jamaluddin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpendapat pemain Harimau Muda perlu diberi kebebasan memilih pasukan negeri atau kelab masing-masing selepas kontrak mereka tamat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata pemain tersebut wajar diberi pilihan untuk mewakili mana-mana pasukan yang dapat memberikan mereka pendedahan terbaik dalam meningkatkan lagi mutu permainan pemain berkenaan.

Walaupun menghormati peraturan terbaru FAM mengenai perpindahan pemain Harimau Malaya, Khairy berpendapat adalah lebih baik pemain daripada skuad kebangsaan itu diberi pilihan.

"Itu juga pandangan bekas jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee...
dia kata kenapa kita nak sekat kalau pemain mahu pergi ke mana-mana pasukan negeri, biarlah mereka pergi ke pasukan terbaik," katanya ketika diminta mengulas peraturan terbaru FAM itu.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri 'Business Luncheon' anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu dan Mara di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Isnin.

Katanya beliau tidak akan mempertikaikan pendirian FAM itu walaupun berpendapat adalah lebib baik pemain berkenaan diberi hak memilih pasukan selepas tamat kontrak dengan FAM.

Peraturan baharu perpindahan pemain Harimau Muda yang diwajibkan kembali ke pasukan negeri asal minimum semusim mula berkuat kuasa musim ini oleh FAM selepas berlakunya kontroversi perebutan pemain antara beberapa pasukan negeri.

Sebelum ini, badan induk itu merujuk kepada tempat lahir pemain sebagai pasukan negeri asal, kini definisi itu diubah dengan pasukan terakhir diwakili pemain itu sebelum menyertai Harimau Muda.

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA Inggeris Pusingan Kelima

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain