Thien How, Khim Wah Tinggalkan BAM - Sukan | mStar

Thien How, Khim Wah Tinggalkan BAM

Thien How turut tinggalkan BAM.

KUALA LUMPUR: Dua pemain beregu lelaki negara Hoon Thien How dan Lim Khim Wah membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Pengurus Besar BAM, Kenny Goh mengesahkan kenyataan itu dan berkata kedua-dua pemain berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan mereka pada Rabu.

"Kedua-dua pemain dalam surat mereka memaklumkan yang mereka merasakan sudah tidak boleh pergi jauh bersama skuad kebangsaan. Mereka memerlukan rehat bagi memikirkan mengenai masa depan mereka selepas ini," kata Goh.

Selepas Thien How dan Khim Wah meninggalkan BAM, skuad kebangsaan hanya memiliki satu gandingan tetap iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.

Sebelum ini Thien How bergandingan bersama Tan Boon Heong manakala Khim Wah berpasangan dengan Ow Yao Han.

Difahamkan,Thien How dan Khim Wah tidak akan dikenakan sebarang tindakan daripada BAM memandangkan kedua-dua pemain itu sudah banyak menyumbang untuk negara.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan menghubungi kedua-dua pemain untuk mengetahui sebab sebenar tindakan mereka.

"Saya terperanjat dan sedih perkara sebegini berlaku. Ini satu berita yang mengejutkan.  Berhubung isu pemain-pemain yang meninggalkan BAM, kita tidak boleh menyalahkan mereka daripada membuat keputusan jika mereka merasakan keputusan itu baik untuk mereka," katanya kepada pemberita di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Khamis.

Thien How pernah bergelar juara remaja dunia pada 2004 bergandingan bersama Boon Heong manakala Khim Wah merangkul kejuaraan Siri Super Premier pertama bersama V Shem dengan menjuarai Terbuka Malaysia 2014.

Sebelum ini, empat pemain iaitu Ng Hui Ern (beregu wanita), Ng Hui Lin (beregu wanita), Ong Jian Guo (beregu campuran) dan Yang Li Lian (perseorangan wanita) turut membuat keputusan meninggalkan badan induk sukan badminton itu.

BAM , Tien How , Khim Wah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain