suria

Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle

Andre Schurrle...masanya bersama Chelsea telah tamat.

CHELSEA telah memutuskan untuk menjual penyerang Jerman mereka Andre Schurrle bagi membolehkan mereka memperolehi dana segera untuk mengantikannya dengan pemain Colombia, Juan Cuadrado.

Jika rancangan untuk menghantar Schurrle kembali ke Jerman sukses, Cuadrado, 26, mungkin sempat untuk didaftarkan menjelang perlawanan menentang juara bertahan Manchester City, Sabtu ini.

Menurut laporan terkini portal berita Mail Online, Wolfsburg kini berminat untuk membeli pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun itu dan Chelsea bersedia melepaskannya pada harga £30 juta tunai.

Chelsea juga dilaporkan sedia mendengar tawaran untuk Schurrle dari sebuah lagi kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Jose Mourinho diketahui tidak meminati corak permainan Schurrle, tetapi mengiktiraf nilai sebenar pemain itu apatah lagi Schurrle dikatakan ingin kembali ke tanah airnya semula.

Dengan pintun perpindahan pertengahan musim ini akan ditutup tengah malam Isnin depan, Chelsea dan sesiapa sahaja yang inginkan khidmat Schurrle perlu bertindak pantas.

Chelsea pula hanya akan melakukan tawaran rasmi ke atas Cuadrado, sekiranya mereka berjaya menjual Schurrle.

Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Cuadrado mestilah memenuhi syarat wajib bayar £26.8 juta kepada kelabnya sekarang iaitu Fiorentina untuk memperolehi hak komersilnya.

Artikel Lain