suria

Penyokong 'Meluat' Barcelona, Stadium Lengang

WALAUPUN berjaya membelasah kelab kerdil Elche 5-0 dalam saingan Copa del Rey, namun Barcelona disifatkan telah menempuh perlawanan memalukan apabila hanya 27,099 penonton yang hadir menyaksikan perlawana itu di Nou Camp.

Gelanggang keramat kelab terkemuka dunia itu kelihatan lengang selepas penyokong dilaporkan kecewa dengan permasalahan yang wujud di antara Lionel Messi dengan jurulatihnya, Luis Enrique.

Tidak cukup dengan itu, penonton juga dilaporkan masih terkesan dengan kekalahan 0-2 Barcelona kepada anak didik David Moyes iaitu Real Sociedad.

Difahamkan, penyokong kecewa terhadap tindakan Enrique selepas dia merehatkan Gerard Pique, Dani Alves, Ivan Rakitic, Neymar dan Messi dalam perlawanan pada Ahad lalu.

Dalam perlawanan menentang Elche, gol Barcelona dihasilkan oleh Messi, Jordi Alba dan dua jaringan menerusi Neymar. 


Barcelona, Elche

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain