suria

45,000 Penyokong Hadir Saksikan Kepulangan Fernando Torres

KEPULANGAN Fernando Torres ke Atletico Madrid menerusi pinjaman dari AC Milan berjaya menarik lebih 45,000 penyokong kelab itu untuk hadir pada hari pengenalan pemain itu di Stadium Vicente Calderon pada Ahad.

Penyerangg berusia 30 tahun itu kembali ke kelab zaman remajanya menerusi pinjaman selama enam bulan selepas menempah nama di Liverpool dan Chelsea.

Walaupun penyerang Sepanyol itu hanya menjaringkan satu gol dalam 14 perlawanan di Itali, namun kepulangan penuh emosi itu telah dinantikan penyokong Atletico sejak sekian lama.

Ketika majlis menandatangani kontrak bersama kelab tersebut, Torres turut diberi penghargaan untuk menyarung semula jersi bernombor 19 yang pernah dipakainya.

"Bertapa indahnya kepulangan ini. Saya telah menunggu sekian lama untuk mengharungi detik ini - akhirnya ia berlaku. Bagi saya ia merupakan hari yang istimewa.

"Banyak perubahan berlaku pada kelab ini sejak saya meninggalkannya. Sekarang mereka sedang bersaing ke level lebih tinggi - bersama Real Madrid dan Barcelona.

"Simeone (jurulatih) mempunyai agenda besar atas kepulangan ini, dia mahu lakukan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Fernando Torres, Atletico Madrid

Artikel Lain