suria

Chelsea Terus Kuasai Kedudukan, Tewaskan West Ham 2-0

Terry menjaringkan gol pertama The Blues.

CHELSEA mengukuhkan kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 ke atas West Ham pada aksi Jumaat malam.

Pada aksi di Stamford Brigde itu, skuad The Blues mempamerkan aksi konsisten dan fokus biarpun semua pemain masih lagi dalam 'mood' menyambut Hari Krismas. 

Anak buah Jose Mourinho itu mendominasikan permainan pada babak pertama permainan, lebih kepada hantaran pendek di kawasan kotak penalti.

John Terry tampil membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila menyumbang gol pertama pada minit ke-21 permainan.

Manakala pada separuh masa kedua, Diego Costa mengukuhkan kedudukan pada minit ke-62 selepas menerima hantaran dari Eden Hazard.

Sehingga tamat perlawanan, West Ham yang dibimbing Sam Allardyce itu gagal mencari sebarang gol sekaligus memberi tiga mata penuh kepada tuan rumah.

Chelsea kini mengumpul 45 mata dengan 18 perlawanan, manakala West Ham berada di tangga ke-4 dengan mengutip 31 mata.

SENARAI PEMAIN

Chelsea: Courtois, Ivanovic, Azpilicueta, Terry, Cahill 7, Matic, Fabregas, Oscar, Willian, Hazard 7, Costa 7. Subs: Ramires 6, Drogba, Mikel. 

West Ham: Adrian, Reid, Cresswell, Collins, Jenkinson, Kouyate, Noble, Nolan, Downing, Carroll 5, Valencia 6. Subs: Sakho 6, Amalfitano, Song.

Chelsea, West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain