suria

Chen Long Rampas Ranking No.1 Dunia Daripada Chong Wei

Chen Long

KUALA LUMPUR: Juara dunia dari China, Chen Long merampas kedudukan sebagai pemain badminton nombor satu dunia dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut laman web rasmi BWF, Chen Long mendahului ranking tersebut bermula Rabu (24 Dis), selepas memenangi gelaran pada Kejohanan Final BWF Super Series pada 21 Disember.

Chen Long menewaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus 21-16, 21-10 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan di Dubai.

Sementara, pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei jatuh satu anak tangga diranking kedua berikutan hukuman penggantungan sementara terhadapnya yang bermula 11 November lepas, kerana dengan jelas melanggar peraturan antidoping.

Penggantungan sementara itu bermakna Chong Wei dilarang untuk sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan sebelum keputusan dibuat oleh Panel Pendengaran Doping BWF.

Badan dunia itu mengenakan tindakan itu berdasarkan dapatan analisis terperinci terhadap sampel pada Kejohanan BWF Dunia pada Ogos lepas.

Seorang lagi pemain ternama China, Lin Dan turut jatuh ke ranking keenam manakala K. Srikanth dari India melonjak dua anak tangga ke ranking keempat dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain