Joe Hart Mahu Tamat Kerjaya Di Manchester City - Sukan | mStar

Joe Hart Mahu Tamat Kerjaya Di Manchester City

Joe Hart
PENJAGA gol England, Joe Hart berkata dia mahu kekal di Manchester City untuk sepanjang kerjayanya dan bersedia untuk menandatangani kontrak baharu.

Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan sedang menjadi perbualan, berhubung kontrak lima tahun yang lebih menguntungkan untuk bermain di Stadium Etihad yang akan ditandatangani beberapa bulan lagi.

Pengurus City, Manuel Pellegrini pada minggu lepas berkata dia menjangka rundingan akan siap tidak lama lagi dan Hart kini telah mendedahkan semua tentang kontrak itu tetapi masih belum menandatanganinya.

Hart, yang telah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan City berkata dia tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab di mana dia sangat gembira.

Katanya: "Bagaimana boleh saya tak gembira? Saya suka tempat ini dan saya suka segala-galanya tentang Manchester City.

"Saya telah berada di sini untuk satu jangka masa yang lama. Saya rasa kelab ini sekarang seperti kelab saya dan saya mahu berada di sini selama yang boleh.

"Setakat yang saya tahu, banyak yang telah disusun. Saya serahkannya kepada undang-undang tetapi saya amat gembira di kelab ini dan berharap dalam masa terdekat saya akan menandatangani kontrak itu."

Hart menyertai City dari Shrewsbury dengan bayaran £600,000 pada 2006. Dia muncul sebagai pemain senior ketika dipinjamkan di Birmingham pada 2009 - 2010 dan dia kembali ke City untuk menggantikan Shay Given sebagai pilihan pertama pada musim berikutnya.

Berita potensi perjanjian baharunya datang selepas City merampas tempat dalam kumpulan 16 terakhir Liga Juara-Juara, menewaskan Roma 2-0 di tempat lawan, Rabu.

"Saya rasa gembira pada masa ini dan kerjasama pasukan sangat baik. Saya rasa seperti saya memberikan sedikit sumbangan dan pemain lain juga memberikan sumbangan masing-masing."

Manchester City , Joe Hart

Artikel Sebelum

Man U Mahu 'Belasah' Liverpool Ahad Ini

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain